Tuesday, August 10, 2010

cerita sekeping daging



oh....tajuknya ala ala nak bercerita tentang makanan yang enak-enak kan... tp....tak tak tak...bukan tentang makanan... daging. digunakan sebagai subjek untuk memahamkan....betul ke memahamkan? hm...senang macam ni la...untuk buat dia lebih faham... =) dia takut nak hadapi satu perkara ni..

"hm...takutla..nanti kalau tak jadi macam mana?"

"baik tak payah ambil risiko, nanti kalau..."

dan pelbagai lagi "kalau".... itu semua "kalau" wahai kawan..."kalau" sinonim dengan sesuatu yang tak pasti. jadi bermulalah falsafah pendek yang entah muncul dari mana...bagai lampu mentol yang tiba-tiba terbit di atas kepala...ting! cerita sekeping daging mungkin tajuknya...


cik kawan....cuba bayangkan anda ni nak pergi ambil sekeping daging enak lagi best di atas meja sana..dalam perjalanan pergi sebelum dapat mengecapi kenakan daging tu, mungkin anda terjatuh tergelincir...hm...xdapat nak rasa daging yang sedap tu...tak dapat nak sentuh pun.

jangan risau atau sedih sebab anda dah punya pengalaman jatuh dan tergelincir....jadi lepas ni hati2 ya..

cik kawan, bayangkan pula, anda dah berjaya mencapai daging yang enak tu. anda dalam perjalanan nak ke tempat makan anda. tapi malang tak berbau, anda terlanggar kerusi dan daging itu terpelanting lalu jatuh ke dalam pinggan orang lain.

jangan risau atau sedih. anda dah punya pengalaman mencapai daging yang sedap lagi enak tu....mungkin bukan rezeki kita untuk rasa daging tu.

seterusnya cik kawan, mari kita bergerak ke satu lagi fasa yang lebih maju, cik kawan da berjaya ambil daging tu serta selamat dalam perjalanan pergi dan balik. cik kawan dah duduk di meja makan. ketika cik kawan nak hiris daging yang sedap tu, tangan cik kawan terkena pisau yang tajam menghiris daging cik kawan sendiri....

sekali lagi, jangan risau atau sedih, anda dah punya pengalaman mengambil daging, serta menghirisnya tetapi terhiris pula...

dalam fasa terakhir ini cik kawan, ada lagi dua kemungkinan. setelah kita berjaya ambil daging tu, duduk di meja makan, hiris daging tu dengan selamat sekali. sungguh indah jalan ceritanya bukan? tetapi ada dua lagi kemunngkinan. satu, cik kawan akan dapat menelan daging ini dengan selamat dan kemungkunan yang kedua cik kawan tersedak-sedak kerana daging itu terlekat di kerongkok cik kawan. aduh....


tapi cik kawan, anda jangan sedih atau risau kalau kemungkinan kedua itu berlaku. sebab cik kawan dah ada pengalam untuk merasa daging tersebut cuma daging tersebut tak sempat untuk masuk ke dalam perut dan diproses.

konklusinya cik kawan, dalam apa saja yang kita hadapi, dalam setiap fasa-fasanya, mungkin kita akan menempuh sedikit dua halangan. tapi cik kawan harus ada rasa sedikit bersyukur sebab cik kawan sudah punya pengalaman dan di hari yang lain cik kawan tak akan ulang perkara yang akan membawa cik kawan ke halangan itu. paling tidak pun, cik kawan pasti dah bersedia untuk berdepan dengan halangan tu...

yang penting...cik kawan, saya akan tetap di sini, membantu apa yang perlu...

+harap-harap cik kawan faham

-ala....cerita pasal daging je...dia faham ke?
pandai la nak nasihat orang. awak tu?

+ eh, saya yang buat cerita saya faham la...
- hm...confident nye anda ni..

+ insyaAllah...saya boleh!

=)








Tuesday, July 27, 2010

Hujan di pagi hari

Hujan di pagi hari. renyai-renyai. suram. tapi tetap indah.
sambil asyik buat assignment yang sepatutnya submit hari ni... asyik ke? tidak.. tekun saja..setekun semut pergi bekerja setiap pagi tanpa jemu. teringat zaman kanak-kanak yang sentiasa dipenuhi dengan seribu satu persoalan mengenai dunia. kenapa macam ni? kenapa macam tu? kenapa tak jadi macam ni? kenapa tak jadi macam tu?
dan salah satu soalan yang agak selalu dipersoalkan...

kenapa semut pagi petang siang malam jalan-jalan...dia tak penat ke?
semut yang rajin. patut jadi model untuk kita. model supaya kita lebih rajin di sini. di bumi Allah ni. terima kasih semut.


+ wahai aziemah, rajinlah rajinlah!
- ala....banyak lagi masa...
+ masa memang banyak...tapi cukup ke?

=)



semua di kepala?

semua di kepala?
apa yang ada di kepala?
apa saja...yang terlintas di kepala

dulu....suka sangat sangat menelaah blog org lain lama...
pastu mulalah terpikir....kan senang kalau ada blog sendiri...
tu pun 15 kali pikir, baru lah muncul blog ni...


- betul betul tekad ke nak tulis blog?
+ betul la...
- jangan berhenti tengah jalan sudah la...
+ insyaAllah tak... =)